“Nama Sabak Bernam di ambil daripada satu peristiwa pada tahun 1880 di mana 6 orang yang terdiri daripada pembesar Aceh dan Sumatera telah meninggalkan tanahair mereka akibat perang di negeri masing-masing.Setelah melepasi Selat Melaka,mereka melalui satu sungai dan apabila mereka ingin bermalam mereka telah menjumpai satu kawasan tinggi seperti busut.Mereka telah membina pondok dan mula menyediakan tapak untuk memasak.Mereka telah menebuk tanah untuk di jadikan tungku.Dapur yang di perbuat dari tebukan tanah tadi di panggil sebagai ‘sabak’ mengikut bahasa mereka. Sungai yang mereka lalui tadi telah di namakan mereka sebagai Sungai berenam.Lama kelamaan tempat yang mereka tinggal tadi di kenali sebagai SABAK BERNAM.Setelah itu,Sabak Bernam telah menjadi ibu negeri bagi Selangor dan mula di datangi oleh bangsa lain seperti Inggeris,Cina,India dan lain-lain.Terdapat beberapa lagenda dalam daerah Sabak Bernam yang menjadi cerita rakyat antaranya Lagenda rumah pengurus estet inggeris,Asal usul Panchang Bedena,Tradisi muzik gamelan dan kisah lagenda Syarifah Intan dan Tedung Selar selain cerita misteri Masjid Jin dan Lubuk Pusing”